Dengan kapasiti pelajar seramai 400 orang, AICoST akan dapat menjana pendapatan tahunan sebanyak RM4. 84 juta. Manakala jumlah perbelanjaan tahunan dianggarkan sebanyak 34% iaitu RM1.65 juta, maka anggaran keuntungan AICoST sebelum cukai dan zakat adalah sebanyak 66%, iaitu RM3.19 juta.
Manakala dari sudut perkembangan ekonomi pula, pembangunan AICoST ini akan dapat membuka peluang pekerjaan kepada lebih 500 orang secara langsung, dan secara tidak langsung dianggarkan akan membuka lebih 1000 peluang pekerjaan, seterusnya menaiktaraf per kapita penduduk di sekitar pada kadar 50% berbanding sebelum ini.
Dari sudut kestabilan sosial, generasi muda/anak-anak yang diterapkan dengan pendidikan berteraskan Al-Quran, akan dapat menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dengan aktiviti tidak sihat dan jenayah.
Langkah seterusnya adalah untuk menubuh dan membangunkan cawangan-cawangan AICoST di atas model yang sama di seluruh Malaysia. Semoga perancangan dan pelaksanaan untuk merialisasikan AICoST ini mendapat bantuan daripada semua pihak yang terlibat, dan khususnya mendapat keberkatan Allah SWT.