Objektif Penubuhan AICoST
- Melahirkan para pelajar yang berilmu, beriman dan beramal serta bertaqwa kepada pemilik mutlak Allah SWT dan mampu menghadapi cabaran zaman.
- Menawarkan sistem pendidikan islam yang berteraskan Al-Quran di samping menguasai cabang ilmu lain seperti sains, matematik, fizik dan kimia.
- Melahirkan para pelajar yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran, juga memastikan pelajar memahami ilmu islam bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW.
- Melaksanakan aktiviti pertejemahan ilmu-ilmu Al-Quran dan aktiviti penulisan ilmu-ilmu Al-Quran.
- Penyebaran ilmu-ilmu Sains Al-Quran kepada generasi muda atau pelapis masyarakat.